Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia


Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM) atau lebih dikenali sebagai CIDB Malaysia merupakan satu badan kerajaan yang ditubuhkan di bawah Kementerian Kerja Raya Malaysia dan bertanggungjawab dalam mengawal selia, membangun dan memudahkan industri pembinaan menuju ke arah mencapai daya saing global selari dengan visi CIDB iaitu memastikan pembinaan yang berkualiti tinggi melalui penggunaan bahan-bahan binaan dan produk yang berkualiti.